Selasa, 8 September 2015

Al Manna atau Arabian Sweet Gum Makanan dari Syurga Penuh Khasiat dan Manfaatnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Pengenalan Al Manna@Arabian Sweet Gum
Cara-Cara Makan Manna dan Baik Untuk Siapa 
Kesan-Kesan Selepas Memakan Manna

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

"Manna" atau arabian sweet gum adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Al-Manna telah disebut dalam Al-Quran, surah "Al-Baqarah ayat 57". Testimoni terhadap pesakit kronik hasil dari pengambilan "Al-Manna" amat baik, antaranya sembelit hilang, kulit lebih sihat, gout hilang dan pelbagai lagi. Prebiotik yang terdapat dalam campuran bahan ini adalah seperti kebaikan susu ibu.


Al Manna digunakan dalam produk makanan supplement, minuman berkhasiat, dan produk perlangsingan. Al Manna menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal dan industri. Tiada bahan emulsifier yang sebaik Al Manna, 3 sudu teh Al Manna mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah 7 hari Al Manna mengurangkan karang gigi dan gusi. Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi


Al Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.
100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.
* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
*Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.

InsyaAllah Sangat2 berkesan!
Ikhtiar dalam merawat penyakit2 secara alami tanpa bahan2 kimia, ianya sohih 100% asli 100% organic 

Sabda Rasul saw
"Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jika ubat tepat pada penyakitnya maka ia akan sembuh dengan izin Allah Azza wa jallah" (HR Muslim I/191)

Rahsia yang dilupakan. Kebaikannya telah dinyatakan di dalam 3 kitab suci terhadap kesihatan semenjak tamadun manusia bermula:

1. Taurat (Exodus 16:31)
2. Injil (Exodus 18:78)
3. Al-Quran (Baqarah 57; Wa'qiah 28)
==========================
Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

  •  Kesan penurunan tekanan darah padapesakit darah tinggi.

  •  Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

  •  Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

  •  Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

  •  Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

  •  Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .

  •  Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.

  •  Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).

  •  Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

  •  Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

  •  Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.

  •  Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.

  •  Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.

  •  Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Khasiat Al manna :
►Turunkan berat badan
►darah tinggi
►kencing manis
►Kolestrol tinggi
►Batu karang
►masalah perut, ulser, gastrik
►Atritis
►gout
►Asma
►Kanser
►sembelit, buasir
►sakit buah pinggang peringkat kronik
►menyihatkan tubuh badan
►mencerdaskan minda
►ikhtiar rawatan islam melawan gangguan dari dalam

Al Manna Powder 150G

SOALAN LAZIM TENTANG AL MANNA

Visit Pages Al Manna Food

Tiada ulasan: