Khamis, 27 Ogos 2015

Al Manna Kebaikan & Khasiatnya


Al Manna

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami tel...ah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)"

Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. Para ulama telah mengakui air zam-zam adalah “air minuman dari Syurga”, Saffron adalah “bau wangian di Syurga” dan Manna adalah “makanan dari Syurga”.

Rahsia yang dilupakan. Kebaikannya telah dinyatakan di dalam 3 kitab suci terhadap kesihatan semenjak tamadun manusia bermula:

1. Taurat (Exodus 16:31)
2. Injil (Exodus 18:78)
3. Al-Quran (Baqarah 57; Wa'qiah 28)

==========================

Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

➜ Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

➜ Kesan penurunan tekanan darah padapesakit darah tinggi.

➜ Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

➜ Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

➜ Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

➜ Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

➜ Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .

➜ Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.

➜ Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
➜ Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

➜ Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
➜ Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.
➜ Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.

➜ Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.

➜ Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaikdan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

==========================
Cara Pengambilan

1. Gum Arabic Manna perlu diambil sebelum makan, iaitu waktu pagi semasa perut masih kosong. Jika mahu berpuasa, ambil di waktu sahur sebelum makan atau minum.
2. Ambil gelas besar atau mug, masukkan air kosong atau air mineral yang sejuk pada suhu bilik (bukan panas dan bukan disejukkan dalam peti sejuk)
3. Masukkan 1 ½ sudu penuh sudu makan Gum Arabic sedikit demi sedikit sambil mengacaunya.
*Boleh juga dengan cara masukkan Gum Arabic dahulu di dalam bekas gelas yang kering, air dimasukkan kemudian. Anda boleh pilih cara yang mudah bagi anda.
4. Kacau sehingga larut semuanya. Jika agak sukar larut, biarkan selama 15 hingga 30 minit supaya ia agak lembut, kemudian kacau semula sehingga larut semuanya.
*1 setengah sudu adalah bertujuan untuk rawatan (bersamaan 25-30g), jika sebagailangkah pencegahan, memadai 1 sudu penuh (bersamaan 15-20g).

==========================
Cadangan Penggunaan.

1. Pesakit buah pinggang: 1 sudu penuh dan setengah sudu makan, 2 kali sehari; semasa perut kosong waktu pagi, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 30 gram hingga 50 gram sehari.
2. Sebagai rawatan untuk gout: 1 sudu penuh dan setengah sudu makan, 2 kali sehari; semasa perut kosong waktu pagi, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 30 gram hingga 50 gram sehari.
3. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari.
4. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi.
5. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 80 hingga 100 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
6. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
7. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
8. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 30-50 gram dimakan bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda’. Caranya; kunyah Habbatus Sauda’ sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda’, ditelan 2-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic.

#PagesAlMannaFood
#OnlineShop
www.facebook.com/AlMannaFood

Tiada ulasan: