9 SOALAN ini menukar kesengsaraan kepada kebahagiaan!!

Setiap orang akan mengalami peristiwa-peristiwa negatif yang tidak diingini dalam hidup mereka. Kadang-kadang, anda langsung tidak menjangka bahawa kejadian tersebut akan menimpa diri anda. Contohnya kereta anda dicuri, beg duit anda hilang di tempat kerja, projek anda gagal, rumah anda ditimpa banjir dan sebagainya.



Ada juga insiden yang berlaku dalam rutin seharian anda sehingga memberi kesan negatif kepada emosi dan perasaan anda. Misalnya, majikan memarahi anda kerana lewat menghantar laporan walhal anda sibuk  menjaga anak yang sakit, anda terlewat bangun dan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas sehingga terlepas mesyuarat dengan klien penting dan lain-lain.



Seringkali, peristiwa buruk yang berlaku dalam hidup akan menyebabkan kita berasa marah, tidak puas hati, geram, sakit hati, sedih dan benci.



Kebiasaannya, ramai di antara kita yang memilih untuk melupakan perkara-perkara yang tidak disukai ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Anda boleh pergi menonton filem komedi, bermain dengan kucing kesayangan anda, atau sekadar berjalan-jalan di shopping complex untuk mencuci mata bagi melupakan ketegangan seharian.



Malah, tidak kurang juga di antara kita yang menyediakan sarung tangan ‘boxing’ di rumah dan bersiap sedia untuk menumbuk ‘punching bag’ sekuat hati untuk melepaskan perasaan marah yang meluap-luap. Atau mungkin, ada yang mencari tempat yang strategik seperti di puncak bukit untuk menjerit sekuat hati.



Walaupun cara-cara yang disebutkan di atas mungkin dapat meredakan sebentar perasaan negatif dalam diri anda, ia bukanlah cara yang terbaik.

Bahkan, ia mempunyai risiko untuk mendedahkan diri anda kepada bahaya yang lain pula.



Sebaliknya, jika anda meluangkan hanya 2 minit untuk menjawab 9 soalan yang diberikan di bawah, anda dapat menukar kesengsaraan anda kepada kebahagiaan!



1. Adakah peristiwa negatif itu telah membuka mata anda kepada kekuatan diri anda yang tidak pernah anda tahu sebelum ini? “

2. “Adakah kejadian buruk itu telah menyebabkan anda menghargai beberapa perkara dalam hidup anda?”

3. “Adakah kesengsaraan anda itu telah membuatkan anda menjadi lebih bijaksana dalam melihat kehidupan?”

4.  “Adakah peristiwa malang itu telah memberi nafas baru kepada hubungan yang lebih penting? “

5. “Adakah insiden itu telah menamatkan satu hubungan yang tidak baik?”

6.  “Adakah kejadian buruk itu telah memaksa diri anda untuk berkomunikasi sehingga anda berjaya meluahkan apa yang terpendam dalam hati anda?”

7. “Adakah perkara itu telah membuat anda lebih yakin?”

8.  “Adakah anda telah menjadi seorang yang lebih penyayang atau pemaaf selepas peristiwa buruk itu?”

9. “Adakah selepas kejadian itu, anda berjaya mengenali kelemahan diri anda yang telah menghalang kebahagiaan anda sebelum ini?”



Sebagai contoh, seorang remaja wanita yang menemui gambar perempuan lain di dalam telefon bimbit kekasihnya. Dia berasa sangat sedih, marah dan geram terhadap teman lelakinya, lalu berlaku pergaduhan antara mereka, sehingga menyebabkan hubungan mereka terputus.



Apabila dia pulang ke rumah, kawan-kawan perempuannya menenangkannya dan memberi semangat agar dia memulakan kehidupan yang baru. Bagi mengubati kesedihannya, dia menziarahi kedua ibu bapanya di kampung. Dia juga dapat memberikan fokus kepada pekerjaannya.



Akhirnya, dia sedar siapa sebenarnya yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. Majikan di tempat kerjanya juga sering memuji hasil kerjanya yang memberangsangkan dan dia mendapat bonus tahunan. Dengan bonus tahunan ini, dia dapat membawa ibu bapanya keluar makan di restoran mewah yang telah lama mereka idamkan.



Sebenarnya, dalam hidup yang sederhana ini, anda ada banyak perkara yang boleh disyukuri.



Apa yang penting, anda perlu melihat perkara buruk tersebut dengan kaca mata yang positif. Bagi setiap kejadian buruk yang menimpa dan membuatkan anda sengsara, anda perlu senaraikan menfaat dan kebaikan yang anda peroleh. Pasti anda akan bertukar menjadi bahagia! Kerana Allah SWT telah berpesan dalam Surah Saba’ ayat 13, bahawa sangat sedikit orang yang bersyukur.



Semua orang mahukan pelangi tetapi suka merungut apabila hujan turun. Sedangkan, pelangi hanya akan muncul selepas hujan reda.  



Kongsikan 9 SOALAN ini untuk mengubah hidup orang-orang tersayang anda!

Sumber: fb.com/dukkanmaya

Tiada ulasan: