Produk : Luban(Arabic Bitter Gum) 250g

                                                                   LUBAN 250G

                                                                HARGA : RM29.90
                           
                             + Postage
                            ☑ Sebotol = RM6 (Peninsular)/ RM10 (Sabah & Serawak)
                            ☑ 2-4 botol = RM9 (Peninsular)/ RM15 (Sabah & Serawak)

Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense

..Pengenalan..

Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis..

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok..

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini.

Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.

● Meningkatkan kecerdasan Minda
● Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk
● Meningkatkan ketajaman daya ingatan
● Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
● Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
● Menambahkan keyakinan diri
● Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..

Berdasarkan tindakbalas juga dapat merawat dan melegakan penyakit….
● sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin.
● mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung
● baik untuk ibu mengandung
● Pertuturan kurang jelas
● Pra nyanyuk
● Migrain
● Sakit kepala dan masalah angin
● Tekanan yang melampau
● Keletihan
● Masalah pelajar malas belajar
● Mengatasi masalah anak-anak degil
● Lawas sistem perkumuhan

Cara Pengambilan Luban / Kemenyan Arab:

Kaedah 1: Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu..

Kaedah 2: Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja. Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik. Di letakkannya di aitas lidah, Isap seperti gula-gula. Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan air suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya..

Kaedah 3: Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan.
● Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair pada waktu malam.
● Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2
● Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
● Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari..

Kaedah 4: Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan”

Tiada ulasan: